28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Agong, Permaisuri zahir selamat menyambut Hari Gawai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook berkata, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan berkenaan akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama rakyat.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua,” menurut Istana Negara dalam hantaran di Facebook.

Hari Gawai disambut selama dua hari bermula hari ini oleh masyarakat Dayak di Sarawak sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan