Wednesday, July 22, 2026

Bumbung runtuh: KP IKIM diarah beri kerjasama

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil diarah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi menjalan siasatan berhubung bumbung Dewan Besar IKIM yang runtuh semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, mejadian berkenaan mengakibatkan lima kakitangan IKIM mengalami cedera ringan.

“Saya mendoakan lima orang kakitangan berkenaan diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan

“Saya telah meminta Ketua Pengarah IKIM untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa agar dapat diambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat secara terperinci insiden berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media melaporkan semalam enam wanita berusia 30 hingga 50 tahun warga tempatan cedera ringan selepas bumbung dewan IKIM di Jalan Duta runtuh.

Kesemha mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.56 pagi.

Sementara itu, Mohd. Na’im berkata, beliau turut mengingatkan pengurusan IKIM supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Pada masa sama, saya meminta pengurusan IKIM mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera agar tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan