30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rozita Waty pangku tugas CEO Finas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Rozita Waty Ridzuan dilantik menanggung kerja jawatan Ketua Pegawai Eksekutif perbadanan itu berkuatkuasa hari ini.

Finas menerusi kenyataan berkata, Rozita Waty akan memangku tugas berkenaan sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Katanya, jawatan itu sebelum ini dipegang Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim yang berkhidmat dari 1 November 2021 sehingga 31 Mei lalu.

“Perkara ini merupakan antara langkah penstrukturan semula Finas yang akan melibatkan penjajaran semula atau recalibration ke atas dasar, program dan aktiviti industri kreatif, terutamanya industri perfileman. 

Advertisements

Inisiatif inidiharap dapat membantu penggiat filem Malaysia menghasilkan filem-filem berkualiti yang mempunyai nilai pasaran tempatan dan antarbangsa yang tinggi,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Finas turut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan Md. Nasir ketika memegang jawatan tersebut.

“Finas mengucapkan selamat maju jaya kepada Md. Nasir dan semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dalam apa jua bidang dan organisasi yang bakal diceburi kelak,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan