Friday, July 24, 2026

PM terima kunjungan IKIM, usaha tingkat kefahaman Islam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kunjungan hormat berkenaan diketuai Pengerusi IKIM, Prof. Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, dalam pertemuan tersebut, beliau singgung kepentingan IKIM untuk meneruskan program meningkatkan kefahaman Islam yang boleh mengangkat martabat umat dan mengeluarkan umat dari belenggu kedangkalan ilmu.

“Kita juga wajar melakukan muhasabah sejauhmana kesedaran Islam melalui dakwah yang telah lama dimulakan sebelum ini benar-benar diisi dengan kefahaman Islam yang berakar dengan disiplin ilmu yang kuat.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan atas cadangan dan nasihat para Ahli Lembaga Pengarah IKIM mengenai hal ehwal Islam di Malaysia serta usaha meningkatkan keberkesanan peningkatan kefahaman Islam di setiap lapisan masyarakat.

“Moga pemahaman kita terhadap Islam dapat dipertingkatkan dalam kesemua bidang termasuk akidah, akhlak, kebudayaan, politik, ekonomi dan sebagainya agar bersesuaian dengan perkembangan ilmu dan kehidupan semasa,”ujar beliau.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi IKIM, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz; Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah IKIM. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan