27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Tragedi pesawat terhempas: PM zahir ucapan takziah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat yang terhempas di Bandar Elmina Shah Alam.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi.

“Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,”ujar beliau menerusi hantaran di Facebook.

Hari ini, media melaporkan sebuah pesawat kecil terhempas di atas jalan di Lebuhraya Guthrie dekat Elmina di Shah Alam, pada petang Khamis.

Advertisements

Polis mengesahkan 10 individu maut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, dalam tragedi berkenaan.

Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong bersama lima yang lain dilaporkan berada dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi meneuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Mereka menaiki pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu selepas menghadiri satu mesyuarat.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan