32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Kru maut, dua cedera bot nelayan meletup

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG kru bot meninggal dunia sementara dua lagi cedera selepas bot nelayan yang dinaiki mereka meletup pada kedudukan empat batu nautika barat laut Pulau Tinggi, Mersing, Johor hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, seorang tekong terselamat dalam insiden tersebut.

Katanya, sejurus menerima laporan, bot ronda Maritim Malaysia, Perkasa 44 yang sedang melakukan rondaan di sekitar perairan Mersing telah diarah ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

“Setiba di lokasi, anggota Maritim Malaysia mendapati empat orang mangsa terbabit dalam insiden berkenaan. Kesemua mereka merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 43 hingga 59 tahun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Suhaizan berkata, tekong bot terdengar bunyi letupan kuat disyaki daripada enjin bot disusuli api menyambar dan terus terkena kru beliau yang berada di kawasan anjungan bot tersebut.

Menurut beliau, mangsa yang meninggal dunia ialah Muhmad Arodi Sulaiman, 43 manakala dua mangsa cedera dikenali sebagai Mohd. Nazri Che Soh, 43 dan Mamat Man, 59.

“Kesemua mangsa dan mayat telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Mersing untuk menerima rawatan lanjut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Punca sebenar kejadian berkenaan masih dalam siasatan pihak polis,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kilang proses ‘e-waste’ didalangi warga asing diserbu, 33 ditahan

SEBUAH kilang memproses sisa elektronik atau e-waste yang didalangi warga asing diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan