26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pencarian mayat nahas pesawat babit keluasan satu ekar

Fokus pencarian setakat malam ini adalah untuk mencari mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas terlebih dahulu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENCARIAN kesemua enam mayat yang ditemui susulan tragedi pesawat terhempas di lokasi nahas persiaran Elmina dekat Shah Alam membabitkan kawasan seluas 0.4 hektar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini enam mayat nahas pesawat ringan telah ditemui.

“Satu daripadanya ditemui lengkap (full body) iaitu mayat penunggang motosikal yang rentung.

“Lima lagi mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna (cebisan) berkemungkinan penumpang dan kru pesawat serta pemandu sebuah kereta.

“Polis kini sedang menghubungi waris terdekat,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Beliau berkata, fokus pencarian setakat malam ini adalah untuk mencari mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas terlebih dahulu.

Advertisements

“Bagaimanapun, pencarian kotak hitam pula akan dilakukan selepas baki empat mayat lagi ditemui,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata operasi pencarian mayat akan dilakukan secepat yang mungkin bagi membuka laluan jalan utama.

“Kita sebenarnya nak siap lagi cepat lagi bagus, tak nak berkampung di sini, dan tak nak tutup jalan. Secepat mungkin kalau boleh,” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan mayat mangsa mula dibawa keluar sekitar jam 8.30 malam tadi dan kini kerja-kerja mengeluarkan cebisan kecil mayat yang ditandakan pada petang tadi sedang giat dilakukan.

Dalam kejadian petang tadi, sebuah pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV yang membawa enam penumpang dan dua kru terhempas di jalan raya berhampiran Elmira, dekat Shah Alam.

Pesawat yang dikendalikan Jetvalet Sdn. Bhd. itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan