28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Hanya satu mayat ditemukan sempurna – KPN

Mesti Baca

HANYA satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) terhempasĀ di Elmina, Shah Alam, semalam ditemukanĀ dalam keadaan sempurna.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua mangsa terdiri daripada dua kru pesawat, enam penumpang, seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Katanya, mayat penunggang motosikal ditemukan sempurna dan identiti mangsa dikenal pasti sementara menunggu proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh ahli keluarga.

ā€œIdentiti pemandu kereta belum dikenal pasti, sama ada ia merupakan pemandu Grab dan membawa penumpang ataupun tidak,ā€ katanya pada sidang media di lokasi kejadian, malam tadi.

Advertisements

Terdahulu, Menteri Pengangkutan,Ā Anthony Loke berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun adalah antaraĀ nama yang tersenaraiĀ dalam manifestĀ penumpang pesawat tersebut pada jam kira-kira 2.50 petang semalam.

Turut tersenarai adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin,Ā Shaharul Amir Omar,Ā Mohd. Naim Fawwaz Mohamed Muaidi,Ā Muhammad Taufiq Mohd. Zaki dan Idris Abdol Talib.

Bagaimanapun, Anthony Loke berkata, identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden ituĀ akan disahkan melalui siasatan polis. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan