30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tuchel tidak mahu De Gea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BAYERN Munich membatalkan hasrat untuk menyambar khidmat bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea selepas pengurus, Thomas Tuchel menentang cadangan tersebut.

De Gea yang meninggalkan United selepas kontraknya tamat Julai lalu masih mencari destasi sesuai untuk meneruskan kariernya.

Ini selepas pengurus United, Erik ten Hag enggan menyambung kontraknya gara-gara beberapa kesilapan besar dilakukannya dalam perlawanan sepanjang musim lalu.

Bayern dilapor mengadakan perbincangan dengan pemain ejen bebas tersebut susulan kecederaan yang dialami penjaga gol utama, Manuel Neuer.

Namun, menurut wartawan Sky Sports, Bayern kemudian mengambil keputusan sebaliknya untuk tidak mengikat De Gea.

Advertisements

“Ia telah ditentukan. Tuchel berkuasa menolanya, terutama sejak Neuer yang dijangka akan kembali cergasa dalam beberapa minggu lagi.

“Seperti dilaporkan: Tuchel mahukan Stefan Ortega (penjaga gol Manchester City) dan ada bercakap di telefon dengannya tetapi urusan ini juga telah berakhir.

“Kemudian, perbincangan dengan De Gea pula dilakukan. Dia bersedia menyertai Bayern tetapi sudah berakhir kini,” katanya.

Difahamkan permintaan gaji De Gea yang tinggi menyebabkan kelab gergasi Jerman itu mempertimbangkan semula hasrat membawa penjaga gol Sepanyol itu ke Allianz Arena.

Sementara itu, Neuer, 37, bakal kembali pulih daripada kecederaan jangka panjang susulan patah kaki dalam kemalangan ketika bermain papan luncur salji. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan