26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Jangan sebar video, gambar mangsa pesawat terhempas – SKMM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diingatkan supaya menunjukkan rasa simpati yang tinggi dengan tidak berkongsi gambar atau video mangsa kejadian pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam semalam di media sosial.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkata, tindakan tersebut bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga manga malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas.

“SKMM ingin mengingatkan orang ramai kepentingan menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi. 

“Dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, adalah penting untuk kita menjaga sensitiviti dan mengelakkan diri daripada berkongsi gambar mangsa tragedi,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Advertisements

Sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang terhempas berhampiran Elmina kira-kira pukul 2.50 petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun disahkan antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas udara tersebut.

SKMM berkata, adalah penting semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar manga tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan. 

“Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video manga tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan