30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Tragedi Elmina: Proses ‘sweeping’ di lokasi nahas hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROSES ‘sweeping’ akan ditumpukan dalam operasi di lokasi nahas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di semalam disambung pada 9 pagi ini.

“Pagi ini ditumpukan kepada proses ‘sweeping’ di lokasi kejadian.

“Dijangka sidang media akan dilakukan sama ada oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain atau Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan,”katanya.

Advertisements

Semalam 10 lelaki disahkan maut dalam kejadian itu.

Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan