26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kelulusan segera penerbangan sewa khas ke Malaysia – PM

Mesti Baca

KERAJAAN bersedia memberi kelulusan segera untuk perkhidmatan penerbangan sewa khas ke Malaysia bagi menarik kedatangan pelancong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, itu selaras dengan peranan kerajaan sebagai pemudah cara dalam urusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

“Jadi soal soal teknikal dia (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing) sudah minta. Soal visa semua saya sudah bincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail).

“Kalau peringkat awal ini, yang kita boleh segerakan ialah penerbangan sewa khas,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Putrajaya hari ini.

King Sing menerusi hantaran di Facebook Februari lalu mencadangkan syarikat penerbangan tempatan membuat penyelidikan dan membangunkan penerbangan sewa khas ke Malaysia bagi menarik dan memudahkan kedatangan pelancong ke negara ini.

Menyifatkan industri pelancongan sebagai penjana pendapatan utama negara, Anwar berkata, kerajaan akan memberi pertimbangan kepada setiap strategi yang dicadangkan MOTAC.

“Apa sahaja tindakan yang sesuai itu, harus kita beri pertimbangan, boleh menyenangkan dan menarik minat pelancong ke Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan