29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Isu kalimah Allah: Pemuda UMNO tuntut penjelasan KDN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO menuntut penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan tindakan kerajaan menarik balik rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain untuk tujuan pembelajaran.

Ketua Pemuda, Dr. Mohamad Akmal Saleh berkata, rakyat memerlukan penjelasan yang tepat mengenai tindakan dan keputusan berkenaan.

Katanya, jika tiada sebarang tindakan diambil KDN berhubung isu ini, Pemuda UMNO akan mengajak seluruh rakyat khususnya umat Islam turun ke jalanan bagi mempertahankan isu ini.

“Kita mohon satu penjelasan yang tuntas dan tepat daripada KDN perlu diberikan kepada seluruh rakyat.

“Jika tidak mahu kami dan seluruh rakyat turun ke jalanan untuk mempertahankan isu ini. Ini bukan soal politik, ini soal kesucian agama,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan telah mengesahkan bahawa KDN dan kerajaan memfailkan notis penamatan itu pada 18 April.

Notis tersebut menyatakan bahawa KDN dan kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos.

Isu penggunaan kalimah Allah bermula pada 2008 apabila apabila Lawrence Bill memulakan permohonan kebenaran semakan kehakiman supaya lapan cakera padat (CD) yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dikembalikan kepadanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara itu esok. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan