32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Hanya 30 minit, miliki pelbagai barangan Aeon menerusi Foodpanda

Mesti Baca

BAGI memperluas penawaran nilai kepada pelanggan di Malaysia, AEON Co (M) Bhd (Aeon) mengumumkan kerjasama strategik dengan Foodpanda Malaysia.

Melalui kerjasama ini, pengguna Foodpanda dapat membeli hampir 13,000 barangan dari 30 gedung yang terdiri daripada lapan Aeon MaxValu, 10 Aeon Wellness dan 12 cawangan Daiso dalam aplikasi itu, pada harga mampu milik sama seperti di dalam kedai.

Malah, barang yang dibeli akan dihantar terus kepada pelanggan dalam tempoh hanya 30 minit.

Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Aeon, Naoya Okada berkata, pihaknya meningkatkan komitmen untuk membawa kemudahan ke Malaysia menerusi kerjasama dengan Foodpanda Malaysia.

“Ia turut menjadi bukti kepada potensi kami yang semakin berkembang di negara ini.

“Ketika ini, Aeon mempunyai 2.47 juta ahli dan kami tidak sabar untuk memanfaatkan pangkalan pelanggan Foodpanda yang meluas bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang serba lancar dan menjimatkan masa kepada rakyat Malaysia.

“Di samping bagi memenuhi janji jaminan harga sama di dalam aplikasi Foodpanda dan di gedung,” katanya.

Advertisements

Naoya berkata, walaupun Aeon mempunyai khidmat penghantaran sendiri, namun kerjasama dengan Foodpanda tidak menjejaskan operasi sedia ada.

“Kami masih meneruskan khidmat penghantaran sendiri namun dengan kerjasama Foodpanda ini, kami dapat meluaskan liputan kawasan dengan lebih banyak produk,” katanya.

Aeon memulakan pengoperasiannya dalam Foodpanda pada April tahun ini, menyaksikan pendapatannya meningkat lebih lima kali ganda pada penghujung Ogos.

Pada masa sama, purata saiz bakul pelanggan Aeon dalam platform itu turut meningkat lebih 30 peratus.

Bagi menerapkan budaya Jepun ke dalam kehidupan rakyat Malaysia, 160 beg bertuah tradisional Jepun – fukubukuro – boleh didapati untuk dibeli mulai minggu depan di bawah pilihan Foodpanda dalam aplikasi itu.

Beg unik ini diisi dengan pelbagai jenis barangan secara rawak daripada Aeon MaxValu dan Aeon Wellness, yang mana setiap satunya ditawarkan pada harga RM25 setiap beg. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan