28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kerana konsert, enam bulan Charly tidak pulang rumah

Mesti Baca

JIWANYA yang begitu kuat dengan muzik sedikitpun tidak melelahkan vokalis Setia Band, Charly Van Houten apabila hampir separuh kehidupannya dihabiskan di atas pentas.

Mengakui perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa buat dirinya, penyanyi dan komposer dari Indonesia itu akur inilah perjalanan yang sudah dipilih sejak 20 tahun lalu membabitkan diri dalam bidang seni.

Tidak hanya mengelilingi seluruh Indonesia dengan konsert jelajah, bapa kepada dua anak itu turut menemui peminat di Malaysia dengan konsert jelajahnya yang akan berakhir di Sabah hujung Disember nanti.

“Saya pernah enam bulan tidak pulang ke rumah kerana setiap hari perlu mengadakan konsert di merata tempat dan daerah di Indonesia.

“Bayangkan di Indonesia daerahnya banyak, saya jelajah dari Sumatera ke Kalimantan, semua tempat kami redah demi memberikan persembahan kepada peminat di sana.

“Begitulah kehidupan saya yang setiap hari sibuk dengan konsert. Kadang-kadang sehari saya perlu menyelesaikan dua konsert.

“Untuk satu konsert sekurang-kurangnya dua jam saya menghabiskan masa di pentas,” katanya.

Charly ditemui pada sesi ‘Meet & Greet’ bersama peminat di Damansara, baru-baru ini.

Advertisements

Kehadirannya juga bagi menjayakan jelajah konsert 20 tahun Charly Berkarya yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.

Berkongsi perasaannya apabila berpeluang mengadakan konsert jelajah di sini, Charly pada awal mengakui tidak yakin dengan tawaran yang diberikan oleh penganjur.

“Jujurnya saya tidak yakin, siapalah saya di sini bimbang jika tidak ada peminat yang mengenali saya dan jualan tiket tidak laku penganjur yang rugi.

“Banyak perkara yang saya fikirkan kerana saya bukanlah jenis artis yang diberi tawaran mengadakan konsert saya hanya menyanyi dan ambil duit sahaja.

“Sebaliknya saya juga rasa bertanggungjawab untuk sama-sama memastikan jualan tiket ‘sold out’.

“Alhamdulillah tidak sangka sambutan yang diterima daripada konsert pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil dan juga di Pulau Pinang begitu menggalakkan,” katanya yang baru sahaja melancarkan single baharu berjudul Gadis Malaysia.

Charly berkata, berikutan sambutan menggalakkan daripada dua konsert yang diadakan, dia tidak sangka penganjur menyuarakan hasrat mahu meneruskan konsert jelajah di sini sehingga hujung tahun.

“Rasa gembira dan terharu dengan sambutan daripada semua peminat, saya berharap peminat di sini terus menyokong saya untuk konsert akan datang. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan