27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Hak mutlak rakyat Palestin wajib dipertahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HAK mutlak rakyat di bumi Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka yang berdaulat wajib dipertahankan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, konflik terbaharu Palestin dan Israel adalah berpunca daripada sejarah yang sangat panjang.

“Rakyat Palestin dikurung dalam penjara terbuka yang terbesar di dunia berdekad-dekad lamanya. Mereka dizalimi, dibunuh dan tanah dirampas.

“Setiap hari, mereka hanya menunggu masa untuk menjadi korban serangan rejim Israel.

“Justeru, usah terperangkap dengan naratif Israel dan Barat bahawa konflik ini berpunca daripada HAMAS.

Advertisements

“Selagi puncanya tidak diselesaikan, maka konflik ini akan terus berpanjangan dan mengorbankan ribuan nyawa,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, Kerajaan Malaysia sejak dahulu sehingga kini tetap menyokong bahawa bumi Palestin perlu bebas daripada pendudukan haram Israel.

Katanya, ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, beliau telah menggesa kuasa-kuasa besar untuk bersikap jujur dalam menyelesaikan isu rakyat Palestin.

“Namun, dalam krisis yang berlaku hari ini, saya ingin menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh dunia Islam bersatu dan bersama-sama menghentikan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas bumi Palestin.

“Saya menyeru agar seluruh Keluarga Malaysia bersolidariti dan berdoa agar bumi Palestin terus dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan