26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Hazard umum gantung but

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS pemain Chelsea dan Real Madrid, Eden Hazard mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Hazard menerusi akaun Instagramnya dan menyatakan masanya telah tiba untuk dirinya menamatkan karier bola sepaknya pada usia 32 tahun.

“Selepas 16 tahun dan beraksi dalam lebih daripada 700 perlawanan, saya mengambil keputusan untuk mengakhiri karier bola sepak profesional.

“Saya telah mencapai impian, beraksi dengan penuh keseronokan di atas padang (stadium) di seluruh dunia.

“Sepanjang karier, saya bertuah dapat bertemu dengan pengurus-pengurus hebat, jurulatih dan rakan sepasukan – terima kasih semua atas kenangan dan saya akan merinduinya,” kata Hazard.

Kapten Belgium itu sebelum ini tiada sebarang kelab selepas meninggalkan Real pada Jun lalu menerusi persetujuan bersama selepas empat tahun berada di Santiago Bernabeu.

Advertisements

Hazard memulakan karier bola sepaknya di Perancis bersama skuad remaja Lille sebelum diserap ke dalam pasukan utama pada 2007.

Pemain tengah itu berjaya mengemudi Lille meraih kejuaraan berganda Ligue 1 dan Piala Perancis pada musim 2010-11 sebelum menyertai Chelsea pada 2012.

Bintang Belgium itu mencapai status lagenda di Chelsea apabila memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali, Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa (dua).

Hazard juga tersenarai dalam kesebelasan terbaik dunia FIFA FIFPRO pada 2018 dan 2019 serta turut berada dalam kesebelasan terbaik EPL sebanyak empat kali.

Pemain tengah lincah tersebut melengkapkan trofi kejuaraan di peringkat Eropah bersama Real Madrid apabila menjuarai Liga Juara Juara Eropah pada 2021-22 dan Piala Super Eropah (2022). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan