33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Gempa bumi di Afghanistan: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA rakyat Malaysia yang dilaporkan mengalami kecederaan atau menerima kesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Herat di Afghanistan pada 7 Oktober lalu.

Kementerian Luar menerusi kenyataan berkata, perkara itu disahkan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi

“Kerajaan Malaysia turut mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa simpati kepada kerajaan serta rakyat Afghanistan yang terjejas, susulan gempa bumi yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan ribuan lagi cedera, serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur awam.

“Rakyat Malaysia menzahirkan solidariti kepada rakyat Afghanistan pada waktu yang sukar ini. Ingatan dan doa ikhlas rakyat Malaysia adalah bersama-sama, khususnya kepada mereka yang terkesan dengan bencana ini,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

Menurut kementerian, pada masa ini, urusan konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di Afghanistan dikendalikan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg Chanakyapuri New Delhi 110021, atau melalui nombor telefon: +91-11-2415 9300 +91-85955 50594, faks: +91-11-2688 1538 ataupun e-mail: [email protected].

Lebih 11,000 mangsa terjejas, manakala 2,500 dilaporkan maut akibat beberapa siri gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Sabtu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan