AEON Co. (M) Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya di Pantai Timur apabila membuka pasar raya pertamanya di Kuantan, Pahang sekali gus memperluas jaringan peruncitan syarikat itu di wilayah berkenaan.
Pasar raya baharu yang terletak di Aras 2, East Coast Mall (ECM) Kuantan itu melibatkan keluasan 49,331 kaki persegi dan dijangka menjadi antara destinasi beli-belah utama penduduk bandar Kuantan serta kawasan sekitarnya.
Majlis perasmian pembukaan AEON Kuantan disempurnakan oleh Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Menteri Besar Pahang, semalam.
Timbalan Pengarah Urusan AEON, Tsugutoshi Seko berkata, pembukaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan AEON dalam memperluas operasinya di Pantai Timur selain menyokong pertumbuhan sektor peruncitan dan merancakkan aktiviti ekonomi tempatan.
Beliau berkata, AEON Kuantan ditempatkan secara strategik bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dengan menawarkan pengalaman membeli-belah yang moden, selesa dan menyeluruh.
Menurutnya, dengan kehadiran sedia ada AEON Mall Kota Bharu di Kelantan, pembukaan pasar raya di Kuantan itu melengkapkan lagi rangkaian AEON di Pantai Timur.
“AEON yakin dengan potensi East Coast Mall yang terletak di pusat bandar Kuantan serta menerima aliran pengunjung yang konsisten. Kehadiran AEON di sini dijangka mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam landskap peruncitan di Pantai Timur,” katanya.
AEON Kuantan menawarkan pelbagai barangan runcit segar dan berkualiti termasuk keperluan isi rumah, barangan basah serta makanan laut. Selain itu, pelanggan turut disajikan dengan pilihan makanan dan produk siap sedia seperti AEON Delicatessen, Coco Café dan La Boheme.
Bagi meningkatkan kecekapan urusan pembayaran, pasar raya itu turut dilengkapi dengan kemudahan kaunter layan diri (Self-Checkout, SCO) dan penggunaan troli pintar. Perkhidmatan penghantaran serta pengambilan barangan secara fleksibel turut disediakan menerusi platform myAEON2go.
Dalam perkembangan berkaitan, AEON memaklumkan syarikat itu akan terus melaksanakan strategi pengembangan dan naik taraf aset bagi menyokong pertumbuhan mampan jangka panjang.
Pada Disember lalu, AEON telah memperkenalkan AEON STYLE Supermarket di Setia EcoHill, Semenyih dan beberapa pembukaan baharu lain turut dirancang tahun ini termasuk AEON KL Midtown di KL Metropolis serta AEON STYLE Supermarket di Johor Bahru.
Majlis perasmian tersebut turut menyaksikan Yayasan AEON Malaysia menyumbangkan dana berjumlah RM30,000 kepada tiga pertubuhan kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna, Rumah Anak-Anak Yatim Permata Camar dan Rapha Children’s Home.
KUANTAN: AEON Co. (M) Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya di Pantai Timur apabila membuka pasar raya pertamanya di Kuantan, Pahang sekali gus memperluas jaringan peruncitan syarikat itu di wilayah berkenaan.
Pasar raya baharu yang terletak di Aras 2, East Coast Mall (ECM) Kuantan itu melibatkan keluasan 49,331 kaki persegi dan dijangka menjadi antara destinasi beli-belah utama penduduk bandar Kuantan serta kawasan sekitarnya.
Majlis perasmian pembukaan AEON Kuantan disempurnakan oleh Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Menteri Besar Pahang, semalam, bersama barisan pengurusan kanan AEON.
Pembukaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan AEON dalam memperluas operasinya di Pantai Timur selain menyokong pertumbuhan sektor peruncitan dan merancakkan aktiviti ekonomi tempatan.
Timbalan Pengarah Urusan AEON, Tsugutoshi Seko berkata, AEON Kuantan ditempatkan secara strategik bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dengan menawarkan pengalaman membeli-belah yang moden, selesa dan menyeluruh.