Monday, July 20, 2026

Desakan anak bolehkan Ho Ming bawa pulang Smart #1 Premium

Ketika menerima panggilan jemputan ke pusingan akhir, dia hampir tidak percaya kerana peluang itu terasa terlalu tipis untuk menjadi kenyataan.

Mesti Baca

KALAU bukan kerana desakan anaknya, Lim Ho Ming mungkin terlepas peluang memiliki sebuah kereta Proton EV Smart #1 Premium bernilai RM209,000.

Ho Ming, 49, seorang jurutera dari Petaling Jaya, Selangor pada mulanya keluar berbelanja di pusat beli belah 3 Damansara bersama keluarga.

“Anak saya ternampak poster peraduan dan terus mendesak saya untuk menyertainya, jadi saya pun cubalah,” katanya ketika menerima hadiah di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Beliau berkata, ketika menerima panggilan jemputan ke pusingan akhir, dia hampir tidak percaya kerana peluang itu terasa terlalu tipis untuk menjadi kenyataan.

“Saya bertolak dari Petaling Jaya seawal subuh dan memandu seorang diri ke Pulau Pinang hanya untuk pastikan saya tidak terlepas pusingan akhir,” katanya.

Ho Ming adalah salah seorang daripada lima peserta akhir bertuah, masing-masing memilih satu kunci dan mencuba untuk membuka smart #1 Premium baru-baru ini.

Mereka adalah antara yang menyertai kempen “SHOP SMART WIN smart” oleh CapitaLand Malaysia yang bermula pada Mac hingga Oktober lalu, melibatkan pusat membeli belahnya di seluruh negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan CapitaLand Investment (Malaysia), Selina Ng berkata, melalui kempen tersebut pihaknya terus meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk pelanggannya. 

“Kami berharap dapat membawa lebih banyak pengalaman bernilai dan ganjaran bermakna kepada pelanggan pada masa akan datang,” katanya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan