Sunday, July 19, 2026

2,250 kanak-kanak, keluarga B40 terima sumbangan CapitaLand

Program tersebut dilaksanakan di bawah inisiatif #GivingBersama 5.0 di bawah kempen global tahunan CapitaLand #GivingAsOne...

Mesti Baca

SERAMAI 2,250 kanak-kanak dan keluarga B40 menerima sumbangan keperluan harian dan kelengkapan pendidikan berjumlah RM200,000 di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) CapitaLand Hope Foundation (CHF).

Program tersebut dilaksanakan di bawah inisiatif #GivingBersama 5.0 di bawah kempen global tahunan CapitaLand #GivingAsOne bagi menyokong penerima manfaat daripada rumah anak yatim serta memperkasa keluarga di Pulau Pinang, Lembah Klang, Pahang dan Johor. 

Menurut Ketua Peruncitan, CapitaLand Investment (Malaysia), Selina Ng, pihaknya bekerjasama dengan para penyewa, rakan niaga dan sukarelawan bagi meneruskan sokongan kepada komuniti yang memerlukan melalui inisiatif #GivingBersama. 

“Pada tahun 2025, kami memperkukuh usaha ini dengan kerjasama rakan industri bukan sahaja untuk menyediakan keperluan harian, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang kesihatan menerusi saringan dan pemeriksaan kesihatan percuma. 

“Kami amat menghargai sokongan rakan-rakan niaga kami serta dedikasi para sukarelawan yang bersama-sama membantu meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan asas dan kesejahteraan keluarga yang memerlukan,” katanya.

Selina berkata, tahun lalu, lebih 210 sukarelawan kakitangan CapitaLand menyumbangkan hampir 1,740 jam untuk kerja sukarelawan bagi memperkasa golongan yang memerlukan di Malaysia. 

Katanya, sejak 2011, CapitaLand dengan sokongan CHF telah membantu lebih 16,100 penerima manfaat dan menyumbangkan lebih RM2.6 juta di peringkat tempatan.

Bagi #GivingBersama 5.0, pihaknya mendapat kerjasama Unit Mutiara Food Bank, Pulau Pinang serta Jabatan Kebajikan Masyatakat (JKM) Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor dan membantu hampir 680 keluarga dan 220 kanak-kanak terlibat.

“Dengan kempen #GivingBersama yang kini memasuki tahun kelima, CapitaLand bekerjasama dengan penyewa serta rakan niaganya bagi meluaskan impak inisiatif ini,” katanya.

Kempen kali ini turut mendapat sokongan Big Pharmacy, Little Scoop, NSK Grocer serta  Hospital Adventist yang menawarkan pelbagai program selingan.

CapitaLand berkata, dari Ogos hingga Oktober 2025, lebih 17,000 sukarelawan di 14 negara telah menyumbangkan lebih 100,000 jam sukarela, memberi manfaat kepada lebih 130,000 individu.  — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan