30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kes COVID-19 meningkat 28 peratus minggu lalu – KKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 2,305 kes COVID-19 telah dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) dari 12 hingga 18 November lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan berkata, jumlah tersebut meningkat sebanyak 28 peratus berbanding 1,801 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

“Kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki dijangkiti ke fasiliti kesihatan menurun kepada 2.0 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 46/2023 berbanding ME 45/2023. 

“Pada ME 46/2023 pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) adalah 0.4 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula adalah sebanyak 0.7 peratus. Sehingga kini, situasi COVID-19 masih terkawal di Malaysia,” katanya hari ini.

Sementara itu, KKM memaklumkan, sebanyak 21 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 20 kes variant of concern (VOC) dan 1 kes variant of interest (VOl). 

Advertisements

Jelas KKM, sehingga kini sebanyak 785 kumulatif kes currently circulating VOl (XBB. 1.16, XBB. 1.5, dan EG.5) dengan 783 kes tempatan dan dua kes import.

Katanya, pecahan kes merangkumi 143 kes di Sarawak, Selangor (136), Kuala Lumpur (119), Melaka (117), Johor (59), Kedah (52), Pulau Pinang (37), Terengganu (24), Sabah (23), Kelantan (21), Negeri Sembilan (16), Perlis (12), Perak dan Putrajaya (sembilan) serta lapan kes di Pahang.

“Sehingga ME 45/2023, hasil aktiviti survelan Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) bagi COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati ,sebanyak 61 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 7.0 peratus. 

“Manakala sebanyak 69 sampel SARI dengan kadar positif 3.0 peratus pada ME 45/2023,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan