26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

SPRM beku 41 akaun Aman Palestin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00, semalam.

SPRM menerusi kenyataan berkata, tindakan diambil berhubung siasatan pihaknya terhadap dakwaan pertubuhan amal tersebut menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai yang dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

“Sebelum ini, SPRM turut membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bag mendapatkan keterangan berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Media baru-baru ini melaporkan, siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin tertumpu kepada penelitian dokumen membabitkan dana wang tersebut. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia tindakan di peringkat awal siasatan sebelum pihaknya memanggil individu yang terbabit bagi rakaman keterangan. 

Sementara itu, SPRM memaklumkan, badan tersebut juga telah merakam beberapa keterangan beberapa saksi-saksi penting.

“Hasil siasatan awal telah mengenal pasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan