33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Dolla lancar album penuh ‘New Classic’ secara digital

Mesti Baca

KUMPULAN wanita popular Dolla tampil dengan album penuh pertama mereka yang diberi nama ‘New Classic’  yang turut dilancarkan secara digital.

Album ini dihasilkan oleh produser tempatan dan antarabangsa yang amat disegani di rantau ini seperti Hyuk Shin dari Korea Selatan.

Ia mengandungi tujuh lagu di mana terdapat lima lagu baru dan dua lagu yang sudahpun dilancarkan.

Dari lagu-lagu berentak rancak sehinggalah irama mid-tempo dan soul, ia benar-benar mengetengahkan bakat muzikal serta versatiliti setiap anggota Dolla.

Dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby, Dolla mula menggegarkan industri muzik Malaysia pada tahun 2020 dengan single mereka yang pertama, ‘Dolla Make You Wanna’, dan terus mewarnai persada muzik negara sehingga kini.

Dikenali dengan gaya yang dinamik, amat bercita-cita tinggi serta berani menampilkan ekspresi yang berlainan, bukan sahaja dari segi muzik malah penampilan, Dolla benar-benar mewakili elemen serta karakter generasi masa kini.

Setakat ini, kumpulan ini telahpun melancarkan tujuh single solo dan lima lagu kolaborasi bersama artis lain yang telah berjaya menawan perhatian peminat muzik negara dan mengumpulkan pengikut platform media sosial kumpulan berkenaan dari serata dunia.

Album ‘New Classic’ ini juga bakal mendefinisikan semula intipati lagu yang dianggap evergreen dengan membawa kewibawaan yang baru, perspektif muzik Dolla yang lebih segar serta naratif penerapan keyakinan tinggi dalam diri setiap individu, menjurus kepada kekuatan wanita.

Tabby berkata, ‘New Classic’ bukan sahaja sebuah album yang menghiburkan malah ia sarat dengan mesej penting.

Advertisements

“Generasi masa kini mempunyai tanggungjawab untuk menghasilkan karya-karya ‘evergreen’ buat masa hadapan.

“Sebagai wakil artis dari generasi ini, kami sedaya upaya cuba untuk menggalas misi ini dan bekerja keras agar dapat menghasilkan lagu-lagu yang akan terus diminati dan menjadi inspirasi generasi selepas kami,” katanya.

Tabby berkata, proses penghasilan album ini mengambil masa lebih kurang setahun.

“Saya amat berbangga untuk menyatakan bahawa Dolla sebagai kumpulan terbabit secara aktif dalam setiap proses kreatif penghasilan album ‘New Classic’.

“Contohnya, lagu ‘drip’ adalah lagu pertama menyaksikan kumpulan Dolla menulis lirik dan menggubah melodi.

“Kami bekerjasama dengan begitu ramai penulis dan produser yang amat dihormati di dalam industri ini.

“Walaupun mempunyai kredibiliti yang hebat, kami begitu berbangga dan terharu kerana mereka mengizinkan Dolla untuk membuat beberapa perubahan dalam lagu-lagu hasil nukilan mereka, menjadikannya lebih bercirikan Dolla, dan sudah tentu ia menjadi amat ‘personal’ bagi kami,” katanya.

Tujuh lagu yang terkandung dalam album ‘New Classic’ adalah ‘Classic’, ‘Damelo’, ‘Masa’, ‘drip’, ‘best side’, ‘BO$$ UP’ dan ‘Damelo’ (versi Bahasa Inggeris)’.

Lagu utama iaitu ‘CLASSIC’ serta ‘BO$$ UP’ diterbitkan oleh Hyuk Shin, seorang produser album dan penulis lagu dari Korea Selatan yang amat tersohor di kalangan artis ‘A-list’ di dunia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi – KPN

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan