33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Curi tumpuan, Dolla menari di Bukit Bintang

Mesti Baca

KEMUNCULAN ‘girl group’ Dolla sejak 2019 sentiasa menjadi perhatian, tidak kiralah apa sahaja yang mereka lakukan pasti menjadi tumpuan.

Terbaharu, Dolla yang dianggotai oleh empat wanita iaitu Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya mencuri perhatian apabila menari di Bukit Bintang tempat yang sentiasa menjadi tumpuan warga kota tidak kira pelbagai bangsa.

Kehadiran mereka sempena pelancaran lagu dan MV Damelo, Dolla secara eksklusif mempersembahkan video muzik Damelo berdurasi 15 saat di Billboard Wolo, Bukit Bintang.

Ia satu inisiatif yang cukup membanggakan buat syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Dolla yang juga terkenal dengan kelincahan mereka membuat persembahan dan menari di hadapan Billboard di lintasan jalan kaki di Bukit Bintang.

“Ini adalah salah satu rangka promosi bagi menghangatkan lagi single terbaharu Dolla.

“Selain video 15 saat Dolla Damelo MV di Billboard WOLO Bukit Bintang, mereka juga menari di hadapan Billboard di lintasan pejalan kaki.

“Inisiatif ini juga daripada Dolla sendiri untuk mengwar-warkan sekali gus menzahirkan rasa bangga mereka apabila MV Damelo ditayangkan di Billboard.

Apatah lagi, kawasan itu juga menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara,” kata wakil Universal Music Malaysia.

Dalam masa sama, inisiatif yang dilancarkan ini juga bersempena dengan kempen TikTok challenge #dolladamelo.

MV Damelo menduduki tangga teratas carta trending di YouTube dan YouTube Music.

Di Spotify pula, Damelo berjaya menduduki playlist New Music Friday di beberapa buah negara seperti Korea, Singapore, Thailand, Filipina, Indonesia dan juga Vietnam. -Edisi 9

Terkini

Harga petrol, diesel kekal sehingga 4 Oktober

HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel bagi tempoh seminggu bermula esok sehingga 4 Oktober ini. Kementerian Kewangan berkata, ia...

Lagi Artikel Berkaitan