34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Enam petinju luar negara di Grand Final Muay Thai 2023

Mesti Baca

ENAM petinju luar negara dari benua Asia dan Eropah menyahut cabaran pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu (25 November )dan Ahad (26 November) ini.

Petinju yang terbabit di dalam edisi ke-72 ini selain Malaysia adalah Itali, Laos, Indonesia, Maghribi, Afghanistan dan Thailand.

Presiden Kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur, Rosli Yaacob, berkata, penganjuran sejak 2013 itu bertujuan menaik taraf kejohanan sukan Muay Thai tempatan ke peringkat antarabangsa, selari dengan usaha mempromosikan kalendar acara Cuti-Cuti Malaysia 2023.

“Pada kejohanan edisi sebelum ini, hanya dua petinju dari luar negara, tetapi kali ini agak menarik kerana enam peserta luar negara turut terbabit.

“Kejohanan kali ini mensasarkan lebih 5,000 penonton dari dalam dan luar negara bakal memenuhi stadium dalam dua malam perlawanan, tiket berharga RM20 untuk pembeli terawal dan RM25 untuk harga biasa dijangka habis antara 7,000 hingga 8,000 keping,” katanya.

Rosli berkata, juara kejohanan kali ini akan dipilih untuk kembali beraksi di ‘Clash of Champion’ pada November tahun depan.

Advertisements

Seramai 28 petinju hebat dari 14 regu bakal bertarung bagi merebut hadiah berupa 12 tali pinggang kejuaraan, dua tali pinggang juara pusingan dan piala berserta wang tunai.

Hadir sama pada sidang media ialah Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Nik Ahmad Zahiruddin Nik Saleh; Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang dan ahli kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur.

Kejohanan itu mendapat sokongan Tourism Malaysia sebagai penaja rasmi dan kerjasama rakan strategik seperti Yayasan Bena Nusa, MSWP, Neutrovis, minuman kesihatan Celcius Live Fit, Neutrovis, Pasaraya Borong Sakan, Sany Char Koay Teow manakala akhbar Sinar Harian sebagai media rasmi.

Selain itu, kejohanan ini juga bakal menampilkan petinju nombor satu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Rafi Abdul Manaf atau mesra dipanggil Mat Ropi dengan rekod kemenangan lebih 100 kali.

Dalam pada itu, Nik Ahmad Zahiruddin pula berkata, MSWP sebagai rakan strategik melihat ini satu tanggungjawab untuk membantu sukan Muay Thai tempatan lebih dikenali dalam kalangan peminat sukan seni bela diri.

“Saya yakin sukan ini akan mendapat tempat di hati peminat sukan seni bela diri, ditambah pula kekuatan platform media sosial pasti menarik mereka untuk menonton Muay Thai di seluruh dunia,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan