26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 25, 2024

UEFA aktif pantau ‘penderaan maya’ sepanjang EURO 2024

Mesti Baca

PERSATUAN Bola Sepak Kesatuan Eropah (UEFA) secara aktif memantau ‘penderaan maya’ (online abuse) melalui 622 platform media sosial sepanjang kejohanan EURO 2024.

Menurut Pengarah Kelestarian Sosial dan Alam Sekitar UEFA, Michele Uva, ini termasuk akaun media sosial milik pemain, jurulatih dan akaun pasukan kebangsaan yang mengambil bahagian.

Beliau berkata, langkah ini bagi melindungi dan menyokong pemain, jurulatih dan pengadil daripada terdedahb kepada penyalahgunaan media sosial.

“Mereka sepatutnya dapat memberi tumpuan kepada prestasi mereka di atas padang, dan tidak terbebani oleh penyalahgunaan yang tidak boleh diterima yang ditujukan kepada mereka dalam talian.

“Kami berterima kasih kepada rakan kongsi platform media sosial kami untuk pendekatan proaktif mereka dan mengharapkan kerjasama berterusan dengan mereka,” katanya seperti dilapor UEFA.com.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 4,656 hantaran merentasi platform media sosial telah ditanda untuk semakan sepanjang kejohanan EURO di Jerman itu.

Katanya, hantaran itu datang daripada 4,070 pemilik akaun individu dengan 7 peratus atau 308 daripada hantaran itu layak dilapor terus ke pengendali media sosial untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“71 peratus daripada hantaran berbaur kata-kata kesat itu telah diambil tindakan oleh platform dan dipadamkan dengan serta-merta dalam tempoh purata 75 minit,” kata UEFA.

Pasukan paling terjejas setakat ini ialah Belgium, Croatia, Ukraine dan Belanda.

Katanya, 74 peratus hantaran yang ditandakan ditujukan kepada pemain individu, 15 peratus kepada jurulatih, 7 peratus akaun pasukan dan 4 peratus ditujukan kepada pengadil.

Daripada jumlah tersebut 94 peratus penderaan dalam bentuk kata-kata kesat, 4.5 peratus perkauman dan 1.5 peratus berupa kebencian atau homofobia.

“Program penyalahgunaan dalam talian akan terus berjalan merentasi peringkat seterusnya EURO 2024, dengan laporan penuh akan dikongsi pada penghujung kejohanan.

“Kami amat menggalakkan semua orang untuk menyertai usaha memerangi penyalahgunaan dalam talian dengan melaporkan sebarang kandungan kesat atau diskriminasi kepada platform media sosial masing-masing,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Polis kesan sindiket penipuan beli barang terpakai palsu

POLIS sedang mengesan satu sindiket penipuan pembelian barangan terpakai menggunakan kaedah 'phishing' yang setakat ini menyebabkan kerugian lebih RM243,000. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan