25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

Pindaan RUU APK percepatkan proses rawatan, pemulihan – AADK

Mesti Baca

PINDAAN Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan – APK) 1983 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini bertujuan memudahkan dan mesra pelanggan secara menyeluruh.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam kenyataannya berkata, ini kerana, kelebihan pindaan RUU berkenaan adalah untuk mempercepatkan proses rawatan dan pemulihan khususnya kepada mereka
yang datang secara sukarela.

Agensi itu berkata, ini kerana, akses tersebut akan dibuka seluas-luasnya kepada pelanggan terutama bagi kategori penyalah guna kerana mereka dapat dirawat pulih lebih awal supaya tidak semakin parah.

“Selain itu, pindaan RUU itu juga tidak mengetepikan peranan pegawai perubatan dan agensi-agensi lain yang berkaitan dalam merawat pulih penagih dadah.

Advertisements

“Justeru, pindaan ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk mengalihkan penagih dan penyalah guna dadah hukuman pemenjaraan kepada program rawatan dan pemulihan secara menyeluruh,” kata kenyataan itu hari ini.

AADK mengulas kenyataan bersama yang disiarkan Lembaga Penasihat Program Dasar Dadah Malaysia berhubung pindaan RUU tersebut.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, RUU tersebut bertujuan meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) dengan membuat perbezaan tafsiran antara penagih dadah atau bahan dengan penyalah guna dadah atau bahan.

Ia juga bertujuan meluaskan skop rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua kapal dagang berlanggar, Maritim Malaysia aktifkan Carilamat

DUA buah kapal dagang dilapor telah berlanggar di 25 batu nautila timur laut Tanjung Balau, Sedili, Johor kira-kira pukul...

Lagi Artikel Berkaitan