30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Suka fesyen aneh, Aina Abdul tetap jaga perasaan ibu

Mesti Baca

MINATNYA terhadap fesyen dan penampilan aneh masih sukar dibuang namun dalam masa sama penyanyi Aina Abdul perlu bijak mencari keseimbangan demi menghormati perasaan ibunya.

Aina berkata, pelbagai kecaman diterima sehingga ibunya, Zaini Abdullah mula menegur dan sebagai anak Aina berusaha memberikan yang terbaik agar hati ibunya tidak terguris.

“Saya tidak mampu ‘melawan’ jika hati yang terasa atau terluka itu adalah ibu sendiri. Ibu pernah berkata banyak kali pada saya, ‘sudah-sudahlah tu’.

“Saya tenang saja apabila kena kecam, selalunya saya kuat tapi cemuhan itu sebaliknya memakan hati ibu saya.

“Saya yakin segala bakat dan apa yang sedang dinikmati ketika ini adalah berkat doa daripada ibu yang dianggap peminat nombor satu saya.

“Justeru, saya perlu mencari keseimbangan di situ, namun pada masa sama peminat tidak akan lupa ‘DNA’ Aina Abdul. Saya yakin ada peminat rindu kalau fesyen saya terlalu ringkas,” katanya.

Aina, 29, berkata, dia tidak menafikan ada hari-hari tertentu tetap rasa terkesan dengan komen berunsur negatif dan cuba untuk tidak mengulangi sebarang kesilapan.

Dia juga menghargai setiap pandangan sama ada positif atau negatif terutama membabitkan penampilan untuk konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 3.0 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, 18 November ini.

“Saya penat sebenarnya asyik kena kecam, ada hari, kita kena terima komen-komen itu. Saya percaya setiap orang pun ada pandangan masing-masing.

“Busana pada konsert itu nanti tidaklah begitu aneh agar ia tak mengganggu persembahan saya.

“Saya juga sudah meminta penata rias, Abu, untuk menghasilkan penampilan yang membuatkan saya kelihatan cantik saja, mungkin persalinan yang akan diperbanyakkan,” katanya. -Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Australia haram import vape

AUSTRALIA bakal mengharamkan pengimportan vape pakai buang bermula 1 Januari 2024, menurut kerajaan dalam tindakan yang disambut baik oleh doktor. Menteri Kesihatan...

Lagi Artikel Berkaitan