29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

FINAS digesa ambil tindakan terhadap dalang ‘Mentega Terbang’

Mesti Baca

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mengambil tindakan susulan terhadap dalang dalam pembikinan filem Mentega Terbang.

Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah berkata, ini termasuk menggantung lesen produksi atau terus menamatkan lesen syarikat yang terbabit dalam pembikinan filem kontroversi itu.

“Individu yang terbabit juga perlu diambil tindakan sewajarnya. Ini adalah langkah dan amaran keras kepada mana-mana syarikat produksi atau individu supaya tidak ulang kesilapan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengeluarkan Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 di bawah Seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002 terhadap filem Mentega Terbang.

Hafiz berkata, pihaknya menyambut baik keputusan KDN tersebut sekali gus seiring dengan dasar Seniman yang menolak sebarang tayangan filem yang tidak sensitif terutama menyentuh soal agama, raja-raja Melayu dan kaum (3R).

Beliau berkata, keputusan itu memberikan isyarat jelas kepada semua pihak bahawa tidak ada tolak ansur dalam pembikinan karya yang menyentuh isu-isu 3R di negara ini termasuk isu yang membabitkan akidah.

“Seniman tidak akan teragak-agak untuk terus melaporkan mahu pun menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dan menggambil tindakan sewajarnya sekiranya ada lagi pihak yang tidak sensitif dengan menerbitkan karya sedemikian rupa,” katanya.

Advertisements

Pada 3 Mac lalu, Seniman telah membuat satu laporan Polis terhadap filem berkenaan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Filem Mentega Terbang yang ditayangkan melalui platform penstriman pada 19 Januari lalu mencetuskan kontroversi sejak awal tahun ini.

Skrip filem berkenaan yang ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui mengisahkan remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan.

Turut tular beberapa babak sensitif dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan.

Selain itu, bapanya turut membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak tular itu mengundang kemarahan w yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.

Filem arahan Khairi Anwar itu diterbitkan oleh Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan