24.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

UCL: City bangkit benam Crvena Zvezda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City memulakan kempen mempertahankan kejuaraa Liga Juara Juara Eropah (UCL) dengan langkah kanan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Crvena Zvezda, 3-1, awal pagi tadi.

Namun, juara Serbia yang dahulunya dikenali sebagai Red Star Belgrade itu tidak memberikan laluan yang mudah kepada City, biarpun beraksi di Stadium Etihad.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu merekodkan 37 percubaan sepanjang perlawanan dengan 16 daripadanya tepat ke sasaran.

City mengasak sebaik sahaja wisel perlawanan ditiupkan namun gagal menembusi gawang Crvena yang dikawal penjaga gol Israel, Omri Glazer.

Sebaliknya, di penghujung babak pertama, pelawat memperoleh gol pertama hasil jaringan Osman Bukari.

Advertisements

Namun, sebaik babak kedua bersambung, The Citizen berjaya menyamakan kedudukan menerusi Julian Alvarez yang bijak menyempurkan hantaran Erling Haaland menjadikan kedudukan 1-1.

Kyle Walker menjadikan kedudukan 2-1 selepas menolak masuk bola ke gawang Glazer namun jaringan tersebut dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) kerana ofsaid.

Usaha City mencari gol pendahuluan berhasil pada minit ke-60 apabila sepakan percuma Alvarez gagal ditepis dengan baik Glazer sebelum bola melencong masuk menerjah jaring.

Tuan rumah tambah selesa apabila Rodri meledak gol ketiga pada minit ke-73 menerusi sepakan leret sekali gus memastikan tiga mata penuh milik City. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan