Friday, July 24, 2026

Al-Nassr intai khidmat Alisson

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LIVERPOOL bakal kehilangan seorang lagi tonggak ke Arab Saudi selepas Al-Nassr dilaporkan mengintai untuk mendapatkan khidmat penjaga gol, Alisson.

Penjaga gol kebangsaan Brazil itu teruja dengan kemungkinan berhijrah ke Asia Barat selepas bekas rakan sepasukan, Jordan Henderson, Fabinho dan Roberto Firmino kini beraksi di sana.

Al-Nassr juga dibarisi seorang lagi bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane serta bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Kelab gergasi Arab Saudi itu mengintai penjaga gol baharu susulan kekecewaan terhadap prestasi penjaga gol, Nawaf Al-Aqidi ketika tewas kepada kelab bimbingan Steven Gerrard, Al-Ittifaq, Isnin lalu.

Kehilangan penjaga gol utama merupakan perkara terakhir yang mungkin diharapkan Jurgen Klopp selepas Henderson dan Fabinho meninggalkan Anfield secara mengejut musim ini.

Sekiranya Alisson nekad berhijrah, Liverpool hanya mempunyai Caoimhim Kelleher sebagai pengganti dan mahu tidak mahu kelab Merseyside itu perlu masuk ke pasaran perpindahan pemain.

Perpindahan musim panas kali ini memperlihatkan The Reds terumbang-ambing, berjaya mendapatkan dua pemain berkualiti seperti Alexis Mac Allister dan Dominic Szobozszlai.

Namun, usaha mereka mendapatkan dua pemain tengah baharu, Moises Caicedo dan Romeo Lavia terlepas selepas kedua-dua pemain itu nekad untuk ke Chelsea.

Untuk rekod, Alisson telah melakukan sebanyak 232 penampilan sejak menyertai Liverpool pada 2018. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan