29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ruventhiran ketuai senarai 23 pemain ke AFF B-23

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERTAHANAN Selangor FC, V. Ruventhiran mengetuai senarai 23 pemain skuad Harimau Muda yang akan beraksi di Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, skuad negara akan berlepas Thailand hari ini dan akan memulakan kempen menentang Indonesia pada Jumaat ini.

Katanya, ketua jurulatih, E. Elavarasan terpaksa menggugurkan dua pemain daripada senarai 25 pemain yang menyertai kem latihan pusat bermula Ahad lalu.

“Pemain Perak FC, Nik Umar Nik Azizi turut dipanggil bagi menggantikan Ahmad Zikri Mohd. Khalili yang terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan buku lali.

“Sementara dua lagi pemain tidak berada dalam senarai akhir 23 pemain yang diumum ialah Shafi Azswad Sapari dan Shahril Suparman,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Harimau Muda diletakkan dalam Kumpulan B akan bertemu Timor-Leste di Stadium Rayong Provincial pada Selasa depan.

Kumpulan A menampilkan empat pasukan iaitu tuan rumah Thailand, Kemboja, Brunei dan Myanmar.

Sementara Kumpulan C pula dianggotai tiga pasukan iaitu Vietnam, Filipina dan Laos.

Juara kumpulan (tiga pasukan) dan naib juara kumpulan terbaik (satu pasukan) akan layak ke separuh akhir pada 24 Ogos.

Aksi penentuan tempat ketiga dan Final akan berlangsung pada 26 Ogos ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan