26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PM bertemu pelabur terkemuka, teroka peluang pelaburan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pelabur terkemuka di Putrajaya semalam bagi meneroka peluang pelaburan strategik merentas sektor ekonomi utama.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata, kehadiran mereka bukan sahaja mempamerkan keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan dan prospek ekonomi negara, malah ia membuktikan Malaysia mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa.

Selain itu katanya, ia sebagai ikhtiar untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mendukung visi yang terkandung dalam Ekonomi Madani.

“Perjumpaan yang pertama seumpama ini membuka peluang untuk berkongsi pandangan serta meneroka kerjasama untuk mencapai matlamat ekonomi negara. 

Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pelabur berpengaruh di Putrajaya, semalam. – Edisi9/Anwar Ibrahim

“Perbincangan turut menyentuh memberi soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama seperti teknologi dan inovasi, tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur, pelancongan serta hospitaliti, dan pembuatan,” katanya. 

Antara pelabur tersebut ialah pengasas bersama Facebook, Eduardo Saverin; Ketua Pegawai Eksekutif Bersama B Capital, Raj Ganguly; pengasas WM Partners, Alejandro Weinstein dan pengasas European Venture Funds, Peter Kadas. 

Advertisements

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sesi itu turut berkisar mengenai usaha memupuk persekitaran bagi menggalakkan pelaburan langsung asing serta memperkemas peraturan dan proses.

Selain itu katanya, ia meliputi usaha meningkatkan tatakelola dan memastikan kemampanan jangka panjang serta menekankan kepentingan tanggungjawab sosial dan pertumbuhan inklusif, dengan komitmen untuk mengutamakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan menyumbang kepada agenda pembangunan mampan.

Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pelabur berpengaruh di Putrajaya, semalam. – Edisi9/Anwar Ibrahim

“Usaha berterusan kerajaan adalah menyediakan persekitaran mesra pelabur yang memupuk inovasi, melindungi harta intelek dan menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta. 

“Saya turut membuka ruang untuk para pelabur mengenal pasti peluang pelaburan yang sejajar dengan matlamat strategik di samping memenuhi keperluan masyarakat.

“Ini merupakan asas untuk potensi kerjasama dan pelaburan yang akan memberikan manfaat ekonomi yang besar untuk Malaysia dan rakyatnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan