28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Ahmad Samsuri mulakan tugas rasmi hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memulakan tugas rasmi pada hari pertamanya di Pejabat Menteri Besar di Tingkat 16, Wisma Darul Imam, kira-kira jam 9.05 pagi tadi.

Ketibaan Ahmad Samsuri disambut Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Idham Mustafa dan Setiausaha Sulit kepada MB, Mohd Hasbi Kyairi Ahmad Fuad serta pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar.

Sebagai simbolik, Ahmad Samsuri mengetip kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya dan menandatangani beberapa dokumen.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar untuk penggal kedua, semalam.

Advertisements

Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar itu berlangsung di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri, Istana Syarqiyyah, di sini, pada 3.18 petang.

Pada PRN 2023, Ahmad Samsuri mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang yang disandangnya sebelum ini selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman.

Ahmad Samsuri memperoleh 20,927 undi mengalahkan Suhaimi yang mendapat 3,641 undi dengan majoriti 17,286 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan