33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Studio Lucasfilm di Singapura, ditutup

Mesti Baca

ATAS faktor ekonomi, studio kesan visual dan animasi, Lucasfilm di Singapura akan ditutup dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Studio di Singapura itu dibangunkan oleh Industrial Light & Magic (ILM) sekitar tahun 2000. Ia diasaskan oleh pencipta Star Wars, George Lucas.

Syarikat induknya, Disney dalam satu kenyataan berkata, selama bertahun-tahun, studio di Singapura itu berada di bangunan Sandcrawler yang dinamakan bersempena sejenis pengangkutan dalam filem Star Wars.

Lucasfilm menjual bangunan itu pada 2021.

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, ILM akan menggabungkan syarikat globalnya dan menutup studio di Singapura kerana faktor ekonomi yang mempengaruhi industri,” kata Disney.

Tidak mendedahkan berapa ramai pekerja akan terjejas di SinDisney, pada Februari syarikat itu membuang 7,000 pekerja di seluruh dunia.

Advertisements

Ia sebagai sebahagian daripada penyusunan semula apabila perniagaan tradisionalnya melalui televisyen semakin merosot dan berdepan saingan sengit.

Selain itu, bilangan pelanggan yang semakin berkurangan untuk perkhidmatan penstrimannya, Disney+.

“Keputusan Lucasfilm menghentikan operasi di Singapura adalah tindak balas kepada perubahan dalam industri dan situasi perniagaan,” kata Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) dan Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) dalam satu kenyataan bersama.

“Industri media global berdepan gangguan daripada kemajuan teknologi yang pesat, manakala studio menghadapi cabaran berkait dengan bakat dan keuntungan,” katanya.

Studio Singapura itu terbabit dalam produksi Hollywood berprofil tinggi termasuk filem Iron Man, The Avengers dan Star Wars.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan