24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Club Mickey Mouse kembali dengan musim keempat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Club Mickey Mouse kembali dengan musim keempat dan akan mula disiarkan diplatformnya menerusi tayangan perdana eksklusif, mulai hari ini.

Musim baharu dibawah terbitan Disney+Hotstar itu bakal menampilkan personaliti media sosial dan Ketua Mouseketeer baharu, Eric Lau, Mouseketeer paling muda, Melynna, serta Mouseketeer asal iaitu Wafiy, Erissa, Gabriel, Faiz serta Ellya.

Club Mickey Mouse musim keempat ini terdiri daripada 13 episod dan disiarkan pada setiap Rabu.

Ia akan menyajikan tema dan muzik yang asli lagi unik, dengan lebih keseronokan, tarian, lagu, permainan serta aksi akrobatik berbanding musim sebelumnya.

Advertisements

Ketua Mouseketeer, Eric Lau Lofstedt berkata, penonton yang menyaksikan rancangan tersebut pasti merasakan keterujaan sendiri di samping dapat melihat bakat yang didedikasikan tetamu jemputan.

“Peminat bakal mengalami satu pengembaraan menakjubkan. Musim ini bukan sahaja akan kembali dengan semua ciri hebat, tetapi dengan lebih lagu, muzik asli, koreografi tarian baharu, satu webisode eksklusif serta lebih banyak lagi ‘backflip’!

“Saya telah melihat sendiri bakat dan dedikasi semua artis serta kru yang menyertai musim ini. Semoga peminat kami, tidak kira lama mahupun baru dapat berseronok, belajar, menyanyi serta menari bersama kami,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Dalam musim baharu ini, turut menampilkan beberapa selebriti, terdiri daripada pelakon Alif Satar, Sean Lee, Nabil Mahir, Elaine Daly, Alyssa Dezek, Sarah Suhairi, De Fam, Angkasawan Malaysia Dr. Faiz Khalee serta ramai lagi.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan