30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

KP Kesihatan ‘turun padang’ suntik penduduk Seri Menanti

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tentunya para penduduk Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) tidak menduga jika mereka menerima suntikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Maklum, dalam kesibukan beliau menguruskan pandemik ternyata, kesediaan Noor Hisham untuk ‘turun padang’ memberikan vaksinasi kepada penduduk di kawasan berkenaan tentu sekali amat dihargai.

Menurutnya, program PPVB oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Seri Menanti itu dilaksanakan di bawah PICK bermula 26 hingga 30 Julai 2021 dengan sasaran liputan 80 peratus penduduk iaitu seramai 2,500 orang diberikan vaksin COVID-19 dos pertama.

“PPVB sebegini adalah bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaksin, terutamanya bagi mereka yang masih belum mendaftar untuk vaksinasi di bawah PICK atau pun belum menerima tarikh temu janji melalui aplikasi MySejahtera,” katanya menerusi Facebooknya.

Baca juga:   Kes COVID-19 perlu rawatan kritikal, ICU meningkat di Perak

Noor Hisham berkata, sehingga 28 Julai lalu, seramai 1,728 orang penduduk di sekitar Seri Menanti telah divaksinasi melalui dua PPV satelit di Seri Menanti Resort serta lawatan rumah ke rumah.

Lawatan rumah ke rumah di kawasan Seri Menanti itu bagi pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas atau OKU yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke PPV.

Baca juga:   Sarawak, Selangor, Johor kekal empat digit

Program ini adalah hasil kerjasama pelbagai pihak iaitu HCTM UKM, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, KKM.

Bantuan juga diberikan oleh Pejabat Daerah Kuala Pilah, pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat tempatan, ketua-ketua kampung, PDRM dan lain-lain agensi, katanya. – Edisi 9

Terkini

Polis cedera ditetak penagih di Shah Alam

SEORANG pegawai polis parah di tangan, manakala seorang lagi anggota cedera selepas ditetak seorang penagih dadah dalam kejadian di...

Lagi Artikel Berkaitan