32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Singapura sumbang 200 tabung oksigen kepada Myanmar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SINGAPURA – Kerajaan Singapura akan menyumbangkan 200 tabung oksigen 10 liter untuk membantu rakyat Myanmar dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Memetik laporan Bernama, menurut Kementerian Luar (MFA) Singapura, peralatan oksigen itu akan disalurkan melalui Palang Merah Singapura (SRC)yang telah melancarkan rayuan sumbangan masyarakat untuk menyampaikan bantuan kemanusian kepada penduduk di Asia Tenggara dan Asia Selatan melalui Dana Tindak Balas Antarabangsa COVID-19,

MFA menyatakan, SRC akan bekerjasama dengan Persatuan Palang Merah Myanmar untuk mengedarkan peralatan oksigen tersebut kepada komuniti yang terjejas di Myanmar.

“Ini akan melengkapkan sumbangan awal kerajaan Singapura termasuk mesin PCR, ujian diagnostik, topeng pembedahan, pembersih tangan dan bekalan perubatan lain  untuk menyokong usaha Myanmar dalam memerangi COVID-19,” katanya.

Kementerian itu menyatakan Singapura bersolidariti dengan rakyat Myanmar dalam memerangi COVID-19.

“Sumbangan ini, serta sumbangan yang dianjurkan oleh entiti swasta dan komuniti Myanmar di Singapura , membuktikan sokongan yang kuat antara masyarakat Singapura dan Myanmar dalam mengatasi cabaran COVID-19,” katanya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan