28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Aaron Chia-Wooi Yik buat kejutan singkir pasangan no 1 dunia

Mesti Baca

Mara ke peringkat separuh akhir bertemu pasangan China

PASANGAN badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuat kejutan menyingkirkan beregu nombor 1 dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Dalam aksi di peringkat suku akhir di di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo, Chia-Wooi Yik menang dengan straight set 21-14, 21-17 dalam tempoh 33 minit untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Kemenangan itu adalah yang pertama bagi Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan Indonesia itu dalam lapan pertemuan dengan aksi pertama mereka pada Terbuka Malaysia 2018 hingga perlawanan terakhir pada Kejohanan All England 2020.

Aaron-Wooi Yik, yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik dan diletakkan sebagai gandingan bukan pilihan, dijadual berdepan pasangan ranking keenam dunia dari China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen pada aksi separuh akhir, petang esok.

Pasangan utama negara itu mengesahkan tiket ke suku akhir selaku Naib Juara Kumpulan D selepas menewaskan beregu Kanada, Jason Ho-Shue/Nyl Yakura 21-15, 21-13, semalam.

Sementara itu Bernama melaporkan, Aaron sebagai berkata, beliau cukup berpuas hati dengan kemenangan itu, dan berharap dapat meneruskan rentak permainan mereka pada aksi separuh akhir.

“Turun menentang mereka (pasangan Indonesia itu), kami tidak rugi apa-apa pun kerana berdasarkan kepada tujuh pertemuan sebelum ini, kita tidak pernah menang menentang mereka. Jadi saya merasakan, tekanan ke atas mereka.

“Namun di temasya Olimpik ini, apa-apa pun boleh berlaku seperti ke atas (pemain nombor satu dunia) Kento Momota yang tewas mengejut. Bagi kami, hanya fokus kepada permainan dan bermain bermati-matian,” katanya.

Pemain tuan rumah, Kento Momota tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Korea Selatan Heo Kwang-hee 15-21, 19-21, pada pusingan pertama acara badminton perseorangan lelaki, semalam.

Mengenai aksi separuh akhir, Aaron berkata mereka akan menampilkan aksi terbaik tidak kira siapa yang menjadi lawan esok.

Sementara itu, Wooi Yik menyifatkan aksi menentang pasangan Indonesia itu adalah antara prestasi terbaik ditampilkan mereka sejak digandingkan pada 2017.

Namun, beliau berkata beberapa perkara perlu diperbaiki menjelang pertemuan esok, dan lebih penting perlu percaya kepada kemampuan diri mereka sendiri. – Edisi 9/Agensi

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan