31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

6.1 juta individu lengkap dua dos vaksin – Adham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 6.1 juta rakyat Malaysia sudah menerima dos kedua, sekaligus melengkapkan suntikan vaksin mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, secara keseluruhannya jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 sehingga 28 Julai 2021 ialah 18,946,048 dos.

“Daripada jumlah itu, seramai 12,841,212 individu telah menerima dos pertama, manakala 6,104,836 individu telah menerima dos kedua,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau di sini.

Jelas beliau, dalam tempoh dua hari berturut-turut, jumlah pemberian vaksin harian melepasi angka 500,000 dengan semalam sahaja, sebanyak 552,701 dos diberikan.

“Kelmarin, sebanyak 553,871 dos diberikan dan merupakan angka tertinggi jumlah pemberian vaksin manakala pada 26 Julai lalu sebanyak 521,923 dos.

Laporan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin pada 28 Julai 2021.

“Daripada jumlah pemberian vaksin harian semalam, seramai 353,771 individu telah menerima dos pertama, dan seramai 198,930 individu menerima dos kedua, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,”katanya.

Sementara itu berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, sehingga kini, kira-kira 54.9 peratus populasi dewasa negara mendapat dos pertama atau 39.3 peratus populasi negara, manakala 26.1 peratus populasi dewasa menerima dos kedua (18.7 peratus populasi negara).

Sebanyak 90.6 peratus daripada populasi dewasa di Labuan juga sudah menerima dos pertama, manakala 78.7 peratus populasi dewasa sudah menerima dos kedua.

Lembah Klang pula mencatatkan 85.5 peratus populasi dewasa di negeri itu menerima dos pertama dan 31.1 peratus sudah menerima dos kedua diikuti Sarawak (82.5 peratus dos pertama, 60.1 peratus dos kedua).

Dalam pada itu, bagi pemberian dos vaksin, lima negeri mencatatkan jumlah tertinggi iaitu, Selangor sebanyak 146,011 dos diikuti Kuala Lumpur (89,696 dos); Johor (42,285 dos); Sarawak (36,878 dos) dan Sabah (33,806 dos) –Edisi 9



Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan