25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Bising tanpa beri cadangan efektif tiada guna – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak mereka yang menuduh seolah-olah UMNO pengecut kerana hanya bising dalam media sosial, sebaliknya tidak bersuara ketika berada dalam Parlimen.

Menurut bekas Perdana Menteri, membuat bising dalam sidang Dewan Rakyat sepertimana dilakukan ahli-ahli Parlimen pembangkang bukanlah amalan beliau atau UMNO.

Beliau berkata, tidak ada gunanya membuat bising dan mengkirtik di dalam dewan tetapi sunyi sepi dalam memberikan cadangan yang efektif.

“Tidak ada gunanya kita hanya bising-bising kepanasan di Parlimen tetapi sunyi sepi dalam cadangan efektif. Jika bising dan kritikan boleh membawa kembali nyawa rakyat Malaysia yang telah hilang.

“Jika bising dan kritikan boleh melindungi rakyat Malaysia dan menjamin kelangsungan hidup. Sudah tentu, silakan. Tetapi hakikatnya, tidak benar. Tidak ada perlunya satu pihak menghabiskan berjam-jam mempertahankan “pencapaiannya”.

“Atau satu pihak lagi meluangkan masa berjam-jam dalam seribu kata-kata bahasa, mengkritik dan mengkritik. Yang akhirnya hanya membawa mesej apa? Kerajaan ini kerajaan gagal? Itu kita semua dah tahu,” katanya menerusi Facebooknya.

Ahli Parlimen Pekan itu dijangka akan diberi laluan untuk menyampaikan ucapannya bagi membahas Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu.

Sebaliknya, Najib yang begitu berpengalaman berkata, sebagai wakil rakyat, mereka ada tanggungjawab yang amat berat di Parlimen.

“Dan kita ada krisis yang amat serius kini – kesihatan dan ekonomi. Nyawa rakyat dan kelangsungan hidup rakyat,” katanya.

Justeru, Najib berkata, beliau akan menggunakan masa yang ada untuk memberikan kritikan membina serta cadangan yang efektif bagi menyelamatkan nyawa rakyat.

“We have work to do. We are not here to make noise only,” katanya.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas UMNO kerana hanya ‘pumpang pumpang’ (membuat bising) dalam media sosial sebaliknya tidak bersuara ketika berada di dalam dewan.

Katanya, jika benar UMNO tidak bersetuju dengan usaha kerajaan, sepatutnya mereka berani untuk bangun melawan di dalam dewan. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan