25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dua lagi kematian akibat Covid-19 di Besut

Mesti Baca

CYBERJAYA – Dua lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan di Besut, Terengganu semalam sekali gus menjadikan jumlah kematian di daerah tersebut tertinggi di negeri itu, setakat ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, jumlah kematian di seluruh negeri adalah sebanyak 17 orang dengan 10 daripadanya warga Besut.

“Kes kematian terbaharu membabitkan warga emas lelaki berusia 71 tahun dari Kampung Pelagat 3 dan seorang wanita berusia 55 tahun dari Kampung Bukit Tumbuh.

“Setiap kematian akibat Covid-19 sangat menyayat hati kerana yang menguruskan jenazah adalah pihak lain, bahkan sepanjang berada di hospital atau ICU (unit rawatan rapi) juga pesakit hanya keseorangan tanpa ditemai ahli keluarga yang hanya mampu melihat dari jauh atau mereka berada di pusat kuarantin,” katanya menerusi hantaran Facebooknya semalam.

Ketika ini, terdapat 11 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di ICU Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) Kuala Terengganu dan tujuh daripadanya dari Besut.

Advertisements

Justeru Dr Nor Azimi menyeru orang ramai terus kekal duduk di rumah di samping mengehadkan pergerakan dan mengelakkan bekumpul beramai-ramai semasa hari raya Aidilfitri hari ini.

“Ini sangat penting bagi memutuskan penularan jangkitan Covid-19 dengan cepat. Data harian dan kematian kes Covid-19 adalah benar, malah pematuhan SOP juga benar dalam mencegah jangkitan wabak.

“Sekali pun marah kepada pihak tertentu janganlah pihak lain terkena tempiasnya. Sekali pun marah kepada nyamuk, janganlah kelambu dibakar.

“Kita khuatir bila kelambu di bakar bukan sahaja bilik mungkin terbakar tetapi sebuah rumah pun boleh terbakar sama,” katanya.

Kata beliau, jangan sampai kita menjadi punca kemudaratan kepada orang lain . – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan