26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Mbappe enggan sertai Al-Hilal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KYLIAN Mbappe dilapor tidak akan menyertai Al-Hilal selepas enggan bertemu delegasi kelab Arab Saudi susulan bidaan mega RM1.57 bilion diterima Paris Saint-Germain (PSG).

Terdahulu, kelab gergasi Perancis itu memberi kebenaran kepada wakil Al-Hilal untuk mengadakan rundingan dengan penyerang berusia 24 tahun tersebut.

Delegasi kelab itu juga telah berada di ibu negara Perancis itu minggu ini bagi mengadakan perbincangan dengan tawaran pakej gaji melebihi RM3.6 bilion dijanjikan.

Selain Mbappe, wakil Al-Hilal itu turut berada di Paris kerana mahu melengakpkan perpindahan pemain sayap, Malcom dari Zenit St. Petersburg.

Advertisements

Al-Hilal turut dikatakan mahu mengadakan perbincangan bagi mendapatkan rakan sepasukan Mbappe, Marco Verratti.

PSG meletakkan bintang sensasi itu dalam senarai pemain untuk dijual selepas Mbappe enggan menyambung kontrak baharu dengan kontrak sedia ada akan berakhir penghujung musim 2024.

Bagaimanapun, penyerang itu mengumumkan mahu kekal di Paris dan memenuhi baki kontraknya sebelum menyertai kelab lain.

Menurut laporan, Mbappe telah mencapai persetujuan menyertai Real Madrid secara percuma apabila kontraknya tamat musim panas depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan