25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PRN: Laluan ke 2 pusat penamaan calon di Ampang Jaya ditutup sementara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA laluan menuju ke dua pusat penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN), pada Sabtu ini di sekitar Ampang Jaya akan ditutup sementara.

Penutupan jalan bermula jam 7 pagi itu adalah bagi membolehkan proses penamaan calon bagi DUN N19 Bukit Antarabangsa, N20 Lembah Jaya, N21 Pandan Indah dan N22 Teratai berjalan lancar.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata, penutupan jalan akan dilaksanakan sehingga proses penamaan calon selesai.

“Penamaan calon akan dijalankan di Dewan Dato Ahmad Razali dan lencongan serta tapisan kenderaan di lampu isyarat Taman Dagang dari arah Kuala Lumpur,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, kenderaan ringan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Lembah Jaya akan dilencongkan ke arah Jalan Merbau – Jalan Pinang – Jalan Ampang.

Advertisements

“Kenderaan dari arah Lembah Jaya menghala ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Wawasan – Jalan Merdeka – Jalan Ampang,”katanya.

Beliau berkata, bagi laluan berhampiran lokasi penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Jalan Pandan Ilmu pula kenderaan dari arah Jalan Pandan Utama menghala ke Jalan Bunga Raya akan dilencongkan ke Jalan Pandan Aman-Jalan Mawar-Jalan Bunga Raya.

“Laluan dari arah Jalan Bunga Raya menghala ke Jalan Pandan Utama akan ditutup sepenuhnya, oleh yang demikian, laluan alternatif bagi kenderaan yang menghala ke Jalan Pandan Utama boleh masuk ke Jalan Bunga Mawar-Jalan Pandan Aman-Jalan Pandan Ilmu,”katanya.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, diarahkan untuk membuat penutupan jalan dan lencongan kenderaan di beberapa jalan tertentu yang difikirkan perlu bagi melancarkan serta menjamin keselamatan di sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

“Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan hotline Trafik IPD Ampang Jaya di 03-92740112,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan