32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Selangor mampu ditawan jika 90 peratus orang Melayu mengundi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan harapan Selangor mampu ditawan jika 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi.

Harapan itu dititipkan Ahli Parlimen Pagoh melihat kepada sebahagian besar pengundi di negeri itu adalah orang Melayu.

“Tak bermakna undi orang Cina dan India tak penting, tetapi kuncinya ialah, pengundi di Selangor, sebahagian besar adalah orang Melayu. Cina serta India pun ada di situ.

“Apa yang saya maksudkan, kalau orang Melayu berduyun-duyun keluar awal pagi, selepas menunaikan solat Subuh, mandi dan bersedia pada jam 7 pagi,”katanya pada Majlis Pengumuman Calon PN Selangor di Taman Medan, malam tadi.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, jika dilihat peratusan kaum Melayu yang keluar mengundi pada pilihan raya umum (PRU) lalu masih rendah, dengan hampir 30 peratus tidak keluar mengundi.

“Mungkin mereka yakin, PN boleh menang tapi angka 30 peratus itu adalah jumlah undi yang besar.

“Kalau pengundi tersebut keluar, kita akan dapat menangkan tiga ke empat kerusi lagi.

“Justeru, saya minta jentera PN untuk turun bertemu pengundi dan mengingatkan mereka menunaikan tanggungjawab berkenaan pada 12 Ogos ini,” katanya.

Dalam majlis berkenaan Muhyiddin mengumumkan PN akan bertanding di kesemua 56 kerusi di Selangor diketuai Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diletakkan di Hulu Kelang.

Advertisements

Dalam majlis sama, Mohamed Azmin turut mengetuai bacaan ikrar tolak rasuah oleh calon PN.

Dalam pada itu, Muhyiddin berharap, semua pihak terbuka menerima calon yang dipilih PN untuk bertanding pada PRN Selangor.

Katanya, keutamaan kini adalah bagi menyelesaikan masalah serta perjuangkan nasib rakyat Selangor dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

“Kita pilih calon ini kerana percaya mereka akan menjadi juru bicara, bukan duduk diam diri dalam dewan dan tidak berkata apa-apa.

“Jika kita gagal menunaikan amanah dan tanggungjawab itu, hadapilah Allah SWT nanti akan dipersoal apa yang dibuat terhadap orang yang dipimpin di bawah,” katanya.

Muhyiddin turut mengumumkan dua bekas menteri dan seorang bekas ketua setiausaha kementerian antara calon PN.

Selain itu, bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun dicalonkan di DUN Batu Tiga, manakala penyandang kerusi DUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham kekal bertanding di kerusi sama.

Antara calon muka baharu yang ditampilkan PN di Selangor adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Jamil Salleh, bertanding di kerusi DUN Dengkil. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan