33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Mickey digantung empat bulan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim atau Mickey dikenakan penggantungan selama empat bulan susulan kenyataannya selepas aksi menentang Sabah pada 27 April lalu.

Selangor menerusi kenyataan berkata, wakil kelab dan pemain tersebut telah hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk perbicaraan.

Katanya, Mickey akan digantung selama sebulan dahulu bermula semalam hingga 23 Ogos depan.

“Baki tiga bulan adalah ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain selama 12 bulan dari tarikh 24 Ogos sehingga 24 Ogos 2024.

Advertisements

“Oleh itu, beliau tidak boleh disenaraikan untuk perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur City, Negeri Sembilan dan kedua-dua perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM FC,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya meluahkan rasa tidak puas hati kepada media selepas kekalahan 2-1 ke atas Sabah di Stadium Likas pada April lalu.

Menurut pemain lincah tersebut, beliau menyifatkan perlawanan tersebut tidak adil kepada pasukannya dan ada pihak tidak senang dan cuba menjatuhkan Selangor.

Namun, Faisal menganggap perkara tersbeut merupakan asam garam dalam karier bola sepak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan