24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

SPR saran bakal calon, parti politik patuh arahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI melancarkan proses penamaan calon, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menyarankan kepada bakal calon dan parti politik yang terlibat pada hari penamaan calon (HPC) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada Sabtu ini untuk mematuhi arahan ditetapkan.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, bakal calon disarankan agar mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan, sebelum HPC.

“Pada HPC, kertas penamaan calon boleh diserahkan dari pukul 9 sehingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di 173 Pusat Penamaan Calon (PPC) yang berkenaan oleh pihak-pihak seperti calon, pencadang dan penyokong; atau mana-mana dua orang daripada mereka; atau mana-mana seorang daripada mereka.

“Selain itu, bakal-bakal calon juga adalah disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada HPC sebagai bukti pembayaran,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Indera turut mengingatkan kepada bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan Kertas Penamaan Calon.

“Setiap bakal calon hanya boleh diiringi oleh seorang pencadang calon dan penyokong calon untuk dibenarkan masuk ke PPC.

Advertisements

Katanya lagi, penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan apa jua jenis kenderaan juga adalah tidak dibenarkan pada HPC dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang telah ditetapkan.

“Calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan secara bersama atau berasingan yang diwakilinya,” katanya.

Ujar beliau, SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh Hari Penamaan Calon (HPC) bagi PRU DUN Ke-15 dan PRK Parlimen P.036 Kuala Terengganu adalah pada 29 Julai 2023 (Sabtu). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan