25 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

PM temani Presiden Filipina nikmati pemandangan ibu kota

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menemani Ferdinand Marcos Jr meninjau pemandangan ibu kota ketika menghoskan majlis makan malam sempena lawatan negara Presiden Filipina tersebut di Menara Berkembar Petronas (KLCC), malam tadi.

Terdahulu, ketibaan Marcos bersama pasangannya Louise Araneta-Marcos di KLCC kira-kira 7.50 malam, disambut Anwar serta isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mereka kemudian dibawa naik ke tingkat 86 menara berkenaan dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menikmati pemandangan ibu kota dari dek tinjau bangunan itu.

Majlis makan malam itu turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan Jamuan Makan Malam Penghormatan kepada Presiden Filipina di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.

Anwar dan Marcos bersama pasangan masing-masing kemudiannya meluangkan masa meninjau jambatan KLCC yang menghubungkan kedua-dua menara berkembar itu yang juga berada di aras 42 sebelum bergerak meninggalkan majlis.

Advertisements

“Malam tadi saya meraikan Presiden Filipina TYT Ferdinand Marcos Jr dalam majlis makan malam di Menara Berkembar Petronas (KLCC) sempena lawatannya ke Malaysia.

“Saya turut berkesempatan membawa Presiden Marcos Jr meninjau pemandangan ibu kota dari menara berkembar ini,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dalam hantaran itu, turut dikongsikan beberapa keping gambar sekitar majlis makan malam tersebut.

Presiden Filipina itu mengadakan lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula kelmarin.

Sebelum itu, Marcos dan isteri diberi sambutan negara di Istana Negara yang turut disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan