32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kesihatan Ahmad Zahid bertambah baik – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TAHAP kesihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini bertambah baik dan sudah bersedia untuk menjalankan tugas seperti sediakala.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun perlu diberi lebih untuk masa berehat.

“Saya ingin menyampaikan salam daripada Ahmad Zahid yang sekarang Alhamdulillah telah bertambah sihat.

“Kalau ikutkan dia nak datang, tetapi saya bagi arahan tak boleh hadir sebab dia perlu masa untuk berehat sedikit,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Ahmad Zahid menerusi Facebook mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana sudi menziarahinya sebelum berangkat merasmikan karnival yang dianjurkan Kementeri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu.

“Insya-Allah, tidak sabar untuk kembali bertugas, kembali memberikan yang terbaik untuk menjalankan amanah yang ditaklifkan.

“Moga jalinan ukhwah ini terus berkekalan dan mendatangkan kebaikan bersama demi rakyat dan negara,” katanya hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket jual kosmetik haram oleh wanita warga asing tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam...

Lagi Artikel Berkaitan